Saturday, 28 July 2012

novelis partime :)

Assalamualaikum..guys.saya ingin menunjukkn bakat menulis novel sy..tapi saya xdela mahir sgt..baru je nak berjinak-jinak dlm dunia penulisan..bagi saya ia mendatangkan banyak faedah dan manfaat kpd saya..so,hope anda terhibur dgn mini novel saya!! wassalam :)

TAJUK:JAHATNYA CINTA
BAB SATU
            “Kehadiran si dia dalam hidupku telah membuatkan kehidupan aku menjadi huru hara. Kenapa dia muncul dalam hidup aku?Aku tidak pernah meminta semua ini.Aku tidak mungkin ditakdirkan untuk dia.Aku dengan si dia, umpama langit dengan bumi.”dengus Danisha sambil terbaring di atas katilnya.Dalam kehidupan ini, tidak ada perkara yang mustahil.Diri kita sendiri yang akan menjadikan impian kita itu menjadi mustahil.Pada sebelah malam,Danisha sedang menikmati makan malam bersama keluarganya.Danisha bersyukur kerana dia dikurniakan sebuah keluarga yang amat menyokong dirinya.
Pernah suatu ketika,dirinya hampir dipenjarakan kerana difitnah oleh jirannya yang membuat tuduhan palsu bahawa Danisha telah mencuri motor jirannya.Sedangkan,jirannya telah meminta Danisha untuk pergi mengisi minyak di Bandar.Danisha mengalami kesulitan,kerana masalah-masalah yang kecil seperti tayar motor pancit di pertengahan jalan,dan Danisha hampir dirempuh lori.Danisha pulang tepat jam menunjukkan 8.00 malam.Ketika dia pulang,dia ternampak kelibat beberapa orang polis berkumpul di rumahnya.Sesudah memulangkan motor jirannya,dia terus bergegas ke rumahnya.Lalu dia bertanya,”ibu,apa yang berlaku ni?kenapa polis banyak kat umah kita ni?,Tanya Danisha yang kebingungan.
”Maaf ya cik Danisha.Kami terpaksa menahan cik,kerana kami mendapat aduan bahawa cik Danisha telah melakukan kesalahan dengan mencuri motor. Oleh itu,kami harap cik Danisha dapat memberikan kerjasama dengan pihak kami.Sila ikut kami ke balai.”kata salah seorang polis yang berada di situ.Kebarangkalian,polis itu merupakan ketua di antara kalangan polis yang lain. “Apa hal ni Encik?Apa salah saya?tadi Encik kata saya curi motor,bila masa pulak? Walaupun saya ni kasar,tomboy,tapi tidaklah sampai nak curi motor orang.”kata Danisha sambil berdiri mencekak pinggang.”Saya harap cik dapat memberi kerjasama”.Sila ikut kami cik.”tegas polis itu seolah-olah memaksa Danisha sambil mengari tangan Danisha.
Setelah beberapa hari, Danisha telah dibebaskan dan pihak polis telah menahan jirannya kerana membuat tuduhan palsu.Danisha berasa lega kerana dapat bertemu kembali di sisi pangkuan keluarganya.Danisha tersedar,kemudian menjamah masakan ibunya.Malam itu, Danisha tersenyum sambil mencubit isi ikan masak asam pedas.Makanan yang turut menjadi makanan kegemarannya.

Pagi ini sama seperti pagi-pagi yang sebelumnya.Danisha masih nyenyak dibuai mimpi. Mungkin dia menyangka malam masih muda,sedang pagi sudah tua.Pagi ini akan menjadi pagi yang gelap buat dirinya kerana jam telah menunjukkan tepat 8.00pagi.Kelasnya yang pertama akan bermula pada bila-bila masa.Suasana di kolej WIRA BAKTI agak riuh rendah kerana pelajar-pelajar yang sibuk mendaftar masuk pada hari pertama mereka.
Setiap langkah pelajar-pelajar WIRA BAKTI pasti akan mencemaskan setiap tenaga pengajar yang berada disini.Tidak asing lagi,kolej WIRA BAKTI merupakan salah satu kolej swasta yang terkenal kerana kenakalan pelajar-pelajarnya.Pada masa yang sama,ada juga segelintir pelajar yang baik dan masih menghormati pensyarah mereka.Setiap kali pendaftaran baru dibuka,pasti sahaja akan ada dugaan yang mendatang.
Baru-baru ini kolej WIRA BAKTI digemparkan dengan berita,bahawa terdapat seorang pelajar yang meninggal dunia akibat melakukan aksi lagak ngeri di Jalan Besar Padang Jawa. Berita yang mengejutkan itu telah mendapat liputan luas,sedikit sebanyak telah menjejaskan nama baik kolej WIRA BAKTI.Kedengaran suara yang serak-serak basah dari dalam bilik pengetua kolej WIRA BAKTI.
”Saya tak faham,kenapa tingkah laku pelajar-pelajar kolej WIRA BAKTI semakin menjadi-jadi?Adakah semua ini berpunca dari kekhilafan saya dalam melaksanakan tugas?.”kata Dato’ Haji Husin,merupakan pengetua yang begitu dedikasi terhadap setiap pelajar yang memasuki kolej WIRA BAKTI.Pengetua itu membebel sendirian setelah meminta setiausahanya meninggalkannya sendirian.Barangkali,beliau hendak menenangkan fikirannya yang bercelaru.
Seketika suasana di kediaman Danisha hingar binger apabila Danisha telah lewat bangun dan dalam fikirannya sekarang hanya mengharapkan akan ada orang lain yang lebih lewat darinya.Danisha menelefon ibunya yang kemungkinan berjumpa pelanggan di sesebuah tempat di kota raya.Ibunya bekerja sebagai direct selling yang menjual produk-produk kecantikan.”Hello,assalamualaikum ibu.kenapa ibu tak kejutkan Danisha?Danisha dah lambat bangun ibu.Sekarang macam mana ibu?Habislah Danisha.”dengusnya yang agak geram terhadap ibunya.
“Danisha sayang,Ibu rasa anak ibu kan sudah besar.Takkan tak pandai bangun sendiri? “Perli Ibunya sambil melayan pelanggan-pelanggannya.”Ibu,Danisha tahulah Danisha dah besar,tapi Ibu tahu kan hari ni hari pertama Danisha daftar kolej.”balasnya yang kelihatan seperti tidak mahu mengalah.Perbualan mereka anak beranak menjadi semakin hangat apabila mereka bertengkar di talian telefon.Danisha sememangnya seorang anak yang tidak akan mengalah dengan sesiapa pun,walaupun keluarganya sendiri.Danisha seorang gadis yang mempunyai sikap keras kepala yang kadang-kadang mampu membuatkan orang sekelilingnya terguris hati.
“Danisha,sekarang Ibu mahu Danisha siap-siap.Sekejap lagi Ibu datang ambil Danisha.” Perintah Ibunya dengan penuh prihatin.”Tapi Ibu,Danisha kan dah lambat,kena datang kolej juga ke?Rasanya tak perlukan Ibu?”Pujuk Danisha yang kelihatan seperti ingin melakukantabiat buruknya kembali.”Danisha,please dengar kata-kata Ibu.Ibu hantar Danisha ke kolej untuk sambung belajar,okay?Bukan untuk buat perangai lama Danisha.Faham!.”kata-kata Ibunya yang telah membuatkan Danisha terdiam dengan tidak semena-mena,talian telfon tiba-tiba terputus.
Barangkali,Danisha merajuk hati dengan kata-kata Ibunya.Puan Aishah sememang seorang Ibu yang garang terhadap anak-anaknya.Ibunya mula berubah sikap sejak kematian suaminya.Danisha yang dulunya seorang yang lemah lembut,mulai berubah menjadi gadis yang keras kepala,degil dan bersikap kasar dengan orang lain.Ibunya yang dahulu suri rumah,terpaksa bekerja sambilan sebagai jurujual bagi mencari pendapatan bagi menyara keluarga.
Jam di dinding kolej WIRA BAKTI tepat menunjukkan  jam 10.00pagi.Rakan-rakan pelajar Danisha yang lain telah selesai mendaftar.Sebagaiman pelajar-pelajar lain termasuk Danisha telah diberitahu ,kaunter pendaftaran pelajar hanya dibuka dari jam 8pagi hingga 10pagi.Kelewatan Danisha telah menyebabkan Danisha bakal mendapat masalah yang besar. Peraturan kolej WIRA BAKTI telah diketatkan semenjak kejadian yang tidak diingini berlaku di kolej itu.
Dari jauh, sayup-sayup kedengaran pengumuman dilakukan oleh setiausaha kolej.“Perhatian kepada pelajar yang bernama Anis Danisha Binti Daud.Pelajar tahun pertama Diploma kejuruteraan Teknikal, sila berjumpa dengan pengetua sekarang.Harap maklum.Pengumuman yang sangat jelas itu sedikit sebanyak telah menjatuhkan aib muka Danisha yang malu dengan keadaannya itu.


Suasana di ruangan bilik pengetua sekali lagi senyap sunyi dengan kehadiran Danisha. Pengetua hanya mampu memandang Danisha yang mampu tunduk dihadapannya.”Selamat datang ke kolej WIRA BAKTI.Disini awak akan dididik dengan ilmu yang berguna kepada agama,bangsa dan Negara.Saya harap awak tidak akan melakukan sebarang masalah sepanjang pengajian awak selama tiga tahun disini.Adakah awak faham?”tegas pengetua dengan nada keras.
Danisha secara tiba-tiba bertukar menjadi seorang gadis yang pendiam.Suasana di bilik itu seolah-olah seperti hidup dan mengetawakannya.Danisha hanya mampu mengangguk kepalanya sesudah pengetua melemparkan kata-katanya.Tambah pengetuanya lagi,”Selepas ini,saya mahu kamu masuk ke kelas.Setiausaha saya akan menunjukkan kelas awak di mana Anis Danisha.”Tambahnya sambil merenung kearah anak mata kecil Danisha.
Dia berasa agak “panas” juga kerana pengetua seolah-olah memerlinya.Danisha sedar dirinya tidak seindah namanya.Anis Danisha yang bermaksud penyejuk hati sering sahaja memanaskan hati.Danisha melangkah perlahan-lahan diiringi setiausaha kolej itu.”Cik,kat sini best tak?saya bukan nak sangat belajar,Ibu je yang beria-ia.”katanya yang selamba tanpa berfikir panjang sebelum berkata-kata.”Awak jangan sesekali fikir yang kolej ni untuk pelajar-pelajar bermasalah.Saya taknak nama awak naik ke board kolej walau sekalipun.Awak faham? “setiausaha itu membebel terhadap Danisha.Dia berasa sakit hati dengan setiausaha kolej yang berfikiran negatif terhadap dirinya.
“Aduh,tanya pun salah ke?Kolej ni psiko la aku rasa.Habislah aku!,”bebelnya perlahan sesekali diperhati oleh setiausaha itu.”Apa awak cakap tadi?Saya kurang dengar.Awak nak jumpa pengetua sekali lagi ye.”perli setiausaha itu sambil tersengih kepadanya.”ish,geram betul aku dengan minah senget ni,apa masalah dia pun aku tak tahulah.”balas Danisha didalam kotak hatinya.
Kedua-dua mereka seolah-olah berperang sepanjang suai kenal.Pertemuan yang pertama,mungkin juga pertemuan yang terakhir mereka.Danisha berharap ini pertemuan yang terakhir,termasuklah setiausaha itu.Mereka pertama kali,bersatu padu.Sikap manusia kadangkala sukar difahami oleh orang lain.Kadangkala juga,diri mereka sendiri yang tidak dapat memahaminya.Pasang surut kehidupan bakal bergelora dihati Danisha.

>> HAK MILIK DINNUR FIZZ & DILARANG COPY PASTE <<


No comments:

Post a Comment