Assalamualaikum..guys.saya ingin menunjukkn bakat menulis novel sy..tapi saya xdela mahir sgt..baru je nak berjinak-jinak dlm dunia penulisan..bagi saya ia mendatangkan banyak faedah dan manfaat kpd saya..so,hope anda terhibur dgn mini novel saya!! wassalam :)
TAJUK:JAHATNYA CINTA
BAB SATU
“Kehadiran si dia dalam hidupku telah membuatkan kehidupan
aku menjadi huru hara. Kenapa dia muncul dalam hidup aku?Aku tidak pernah
meminta semua ini.Aku tidak mungkin ditakdirkan untuk dia.Aku dengan si dia,
umpama langit dengan bumi.”dengus Danisha sambil terbaring di atas
katilnya.Dalam kehidupan ini, tidak ada perkara yang mustahil.Diri kita sendiri
yang akan menjadikan impian kita itu menjadi mustahil.Pada sebelah
malam,Danisha sedang menikmati makan malam bersama keluarganya.Danisha
bersyukur kerana dia dikurniakan sebuah keluarga yang amat menyokong dirinya.
Pernah suatu ketika,dirinya hampir
dipenjarakan kerana difitnah oleh jirannya yang membuat tuduhan palsu bahawa
Danisha telah mencuri motor jirannya.Sedangkan,jirannya telah meminta Danisha
untuk pergi mengisi minyak di Bandar.Danisha mengalami kesulitan,kerana
masalah-masalah yang kecil seperti tayar motor pancit di pertengahan jalan,dan
Danisha hampir dirempuh lori.Danisha pulang tepat jam menunjukkan 8.00
malam.Ketika dia pulang,dia ternampak kelibat beberapa orang polis berkumpul di
rumahnya.Sesudah memulangkan motor jirannya,dia terus bergegas ke rumahnya.Lalu
dia bertanya,”ibu,apa yang berlaku ni?kenapa polis banyak kat umah kita
ni?,Tanya Danisha yang kebingungan.
”Maaf ya cik Danisha.Kami terpaksa
menahan cik,kerana kami mendapat aduan bahawa cik Danisha telah melakukan
kesalahan dengan mencuri motor. Oleh itu,kami harap cik Danisha dapat
memberikan kerjasama dengan pihak kami.Sila ikut kami ke balai.”kata salah
seorang polis yang berada di situ.Kebarangkalian,polis itu merupakan ketua di
antara kalangan polis yang lain. “Apa hal ni Encik?Apa salah saya?tadi Encik
kata saya curi motor,bila masa pulak? Walaupun saya ni kasar,tomboy,tapi tidaklah
sampai nak curi motor orang.”kata Danisha sambil berdiri mencekak
pinggang.”Saya harap cik dapat memberi kerjasama”.Sila ikut kami cik.”tegas
polis itu seolah-olah memaksa Danisha sambil mengari tangan Danisha.
Setelah beberapa hari, Danisha telah
dibebaskan dan pihak polis telah menahan jirannya kerana membuat tuduhan
palsu.Danisha berasa lega kerana dapat bertemu kembali di sisi pangkuan
keluarganya.Danisha tersedar,kemudian menjamah masakan ibunya.Malam itu,
Danisha tersenyum sambil mencubit isi ikan masak asam pedas.Makanan yang turut
menjadi makanan kegemarannya.
Pagi ini sama seperti pagi-pagi yang
sebelumnya.Danisha masih nyenyak dibuai mimpi. Mungkin dia menyangka malam
masih muda,sedang pagi sudah tua.Pagi ini akan menjadi pagi yang gelap buat
dirinya kerana jam telah menunjukkan tepat 8.00pagi.Kelasnya yang pertama akan
bermula pada bila-bila masa.Suasana di kolej WIRA BAKTI agak riuh rendah kerana
pelajar-pelajar yang sibuk mendaftar masuk pada hari pertama mereka.
Setiap langkah pelajar-pelajar WIRA
BAKTI pasti akan mencemaskan setiap tenaga pengajar yang berada disini.Tidak
asing lagi,kolej WIRA BAKTI merupakan salah satu kolej swasta yang terkenal
kerana kenakalan pelajar-pelajarnya.Pada masa yang sama,ada juga segelintir
pelajar yang baik dan masih menghormati pensyarah mereka.Setiap kali
pendaftaran baru dibuka,pasti sahaja akan ada dugaan yang mendatang.
Baru-baru ini kolej WIRA BAKTI
digemparkan dengan berita,bahawa terdapat seorang pelajar yang meninggal dunia
akibat melakukan aksi lagak ngeri di Jalan Besar Padang Jawa. Berita yang
mengejutkan itu telah mendapat liputan luas,sedikit sebanyak telah menjejaskan
nama baik kolej WIRA BAKTI.Kedengaran suara yang serak-serak basah dari dalam
bilik pengetua kolej WIRA BAKTI.
”Saya tak faham,kenapa tingkah laku
pelajar-pelajar kolej WIRA BAKTI semakin menjadi-jadi?Adakah semua ini berpunca
dari kekhilafan saya dalam melaksanakan tugas?.”kata Dato’ Haji Husin,merupakan
pengetua yang begitu dedikasi terhadap setiap pelajar yang memasuki kolej WIRA
BAKTI.Pengetua itu membebel sendirian setelah meminta setiausahanya
meninggalkannya sendirian.Barangkali,beliau hendak menenangkan fikirannya yang
bercelaru.
Seketika suasana di kediaman Danisha
hingar binger apabila Danisha telah lewat bangun dan dalam fikirannya sekarang
hanya mengharapkan akan ada orang lain yang lebih lewat darinya.Danisha
menelefon ibunya yang kemungkinan berjumpa pelanggan di sesebuah tempat di kota
raya.Ibunya bekerja sebagai direct
selling yang menjual produk-produk kecantikan.”Hello,assalamualaikum
ibu.kenapa ibu tak kejutkan Danisha?Danisha dah lambat bangun ibu.Sekarang
macam mana ibu?Habislah Danisha.”dengusnya yang agak geram terhadap ibunya.
“Danisha sayang,Ibu rasa anak ibu kan
sudah besar.Takkan tak pandai bangun sendiri? “Perli Ibunya sambil melayan
pelanggan-pelanggannya.”Ibu,Danisha tahulah Danisha dah besar,tapi Ibu tahu kan
hari ni hari pertama Danisha daftar kolej.”balasnya yang kelihatan seperti
tidak mahu mengalah.Perbualan mereka anak beranak menjadi semakin hangat
apabila mereka bertengkar di talian telefon.Danisha sememangnya seorang anak
yang tidak akan mengalah dengan sesiapa pun,walaupun keluarganya
sendiri.Danisha seorang gadis yang mempunyai sikap keras kepala yang
kadang-kadang mampu membuatkan orang sekelilingnya terguris hati.
“Danisha,sekarang Ibu mahu Danisha
siap-siap.Sekejap lagi Ibu datang ambil Danisha.” Perintah Ibunya dengan penuh
prihatin.”Tapi Ibu,Danisha kan dah lambat,kena datang kolej juga ke?Rasanya tak
perlukan Ibu?”Pujuk Danisha yang kelihatan seperti ingin melakukantabiat
buruknya kembali.”Danisha,please
dengar kata-kata Ibu.Ibu hantar Danisha ke kolej untuk sambung
belajar,okay?Bukan untuk buat perangai lama Danisha.Faham!.”kata-kata Ibunya
yang telah membuatkan Danisha terdiam dengan tidak semena-mena,talian telfon
tiba-tiba terputus.
Barangkali,Danisha merajuk hati dengan
kata-kata Ibunya.Puan Aishah sememang seorang Ibu yang garang terhadap
anak-anaknya.Ibunya mula berubah sikap sejak kematian suaminya.Danisha yang
dulunya seorang yang lemah lembut,mulai berubah menjadi gadis yang keras
kepala,degil dan bersikap kasar dengan orang lain.Ibunya yang dahulu suri
rumah,terpaksa bekerja sambilan sebagai jurujual bagi mencari pendapatan bagi
menyara keluarga.
Jam di dinding kolej WIRA BAKTI tepat
menunjukkan jam 10.00pagi.Rakan-rakan
pelajar Danisha yang lain telah selesai mendaftar.Sebagaiman pelajar-pelajar
lain termasuk Danisha telah diberitahu ,kaunter pendaftaran pelajar hanya
dibuka dari jam 8pagi hingga 10pagi.Kelewatan Danisha telah menyebabkan Danisha
bakal mendapat masalah yang besar. Peraturan kolej WIRA BAKTI telah diketatkan
semenjak kejadian yang tidak diingini berlaku di kolej itu.
Dari jauh, sayup-sayup kedengaran
pengumuman dilakukan oleh setiausaha kolej.“Perhatian kepada pelajar yang
bernama Anis Danisha Binti Daud.Pelajar tahun pertama Diploma kejuruteraan
Teknikal, sila berjumpa dengan pengetua sekarang.Harap maklum.Pengumuman yang
sangat jelas itu sedikit sebanyak telah menjatuhkan aib muka Danisha yang malu
dengan keadaannya itu.
Suasana di ruangan bilik pengetua
sekali lagi senyap sunyi dengan kehadiran Danisha. Pengetua hanya mampu
memandang Danisha yang mampu tunduk dihadapannya.”Selamat datang ke kolej WIRA
BAKTI.Disini awak akan dididik dengan ilmu yang berguna kepada agama,bangsa dan
Negara.Saya harap awak tidak akan melakukan sebarang masalah sepanjang
pengajian awak selama tiga tahun disini.Adakah awak faham?”tegas pengetua
dengan nada keras.
Danisha secara tiba-tiba bertukar
menjadi seorang gadis yang pendiam.Suasana di bilik itu seolah-olah seperti
hidup dan mengetawakannya.Danisha hanya mampu mengangguk kepalanya sesudah
pengetua melemparkan kata-katanya.Tambah pengetuanya lagi,”Selepas ini,saya
mahu kamu masuk ke kelas.Setiausaha saya akan menunjukkan kelas awak di mana
Anis Danisha.”Tambahnya sambil merenung kearah anak mata kecil Danisha.
Dia berasa agak “panas” juga kerana
pengetua seolah-olah memerlinya.Danisha sedar dirinya tidak seindah
namanya.Anis Danisha yang bermaksud penyejuk hati sering sahaja memanaskan
hati.Danisha melangkah perlahan-lahan diiringi setiausaha kolej itu.”Cik,kat
sini best tak?saya bukan nak sangat
belajar,Ibu je yang beria-ia.”katanya yang selamba tanpa berfikir panjang
sebelum berkata-kata.”Awak jangan sesekali fikir yang kolej ni untuk
pelajar-pelajar bermasalah.Saya taknak nama awak naik ke board kolej walau sekalipun.Awak faham? “setiausaha itu membebel
terhadap Danisha.Dia berasa sakit hati dengan setiausaha kolej yang berfikiran
negatif terhadap dirinya.
“Aduh,tanya pun salah ke?Kolej ni psiko la aku rasa.Habislah
aku!,”bebelnya perlahan sesekali diperhati oleh setiausaha itu.”Apa awak cakap
tadi?Saya kurang dengar.Awak nak jumpa pengetua sekali lagi ye.”perli
setiausaha itu sambil tersengih kepadanya.”ish,geram betul aku dengan minah
senget ni,apa masalah dia pun aku tak tahulah.”balas Danisha didalam kotak
hatinya.
Kedua-dua mereka seolah-olah berperang
sepanjang suai kenal.Pertemuan yang pertama,mungkin juga pertemuan yang
terakhir mereka.Danisha berharap ini pertemuan yang terakhir,termasuklah
setiausaha itu.Mereka pertama kali,bersatu padu.Sikap manusia kadangkala sukar
difahami oleh orang lain.Kadangkala juga,diri mereka sendiri yang tidak dapat
memahaminya.Pasang surut kehidupan bakal bergelora dihati Danisha.
>> HAK MILIK DINNUR FIZZ & DILARANG COPY PASTE <<